Ya Allah Ya Tuhan ku.. Sesungguhnya cintaku terlalu tinggi untuk lelaki bergelar suami ini..
Hidupku hanya didambakan kepadanya..
Setiap nafas & dengupan jantung ini hanya untuknya..
Tatkala aku hanyut, tangan itu yang mencapai menyelamatkan ku..
Tatkala aku buta, mata itu yang menyuluh cahaya..
Tatkala aku lumpuh, kaki itu yang mengatur langkahku..
Ya Allah Ya Tuhanku.. Sesungguhnya cinta ku kepadanya adalah selamanya..
Tetapi sekiranya jodoh ku hanya sampai di sini, aku pasrah..
Aku redha .. walau terpaksa aku berjuang dengan nyawaku sendiri..
Walaupun separuh hidupku mati..walaupun hati ku hancur..
Sesungguhnya Engkau lebih Maha Mengetahui..
Ya Allah Ya Tuhan ku.. Sekiranya itu jalan nya, kuatkan semangatku utk anak ku..
Pulihkan luka ku untuk anak ku..
Bekalkan aku dengan beribu iman untuk anak ku..
Berikan aku kekuatan ..untuk anak ku..
Ya Allah Ya Tuhan ku.. Sekiranya itu yang ditentukan..
Kau lindungilah lelaki itu..
Kau permudahkan jalan hidupnya..
Kau limpahkan suka & kegembiraan dalam hidupnya..
Kau akhiri penderitaan nya..
Mungkin itu yang terbaik untuknya..
Ya Allah Ya Tuhan ku.. kepada Engkau ku pohon..
Kepada Engkau ku serahkan segala..
Amin.
No comments:
Post a Comment