10/19/09

Aku Insan Lemah

Ya Allah Ya Tuhan Ku..

Sesungguhnya aku hanya lah insan yang alpa tentang keghairahan dunia. Terlalu banyak suruhan Mu yang ku abaikan. Terlalu banyak larangan Mu yang ku langgar. Terlalu banyak dosa yang ku lakukan. Tidak sanggup rasanya aku memandang ke belakang, mengimbau dosa2 lama.
Tetapi ari ni, aku terduduk..terkesima.. meminta bantuan dari yang Maha segalanya. Tidak terdaya rasanya menanggung beban yang terbuku. Tidak ada sesiapa yang aku mahu luahkan selain Mu.

Ya Allah Ya Tuhan Ku..

Kau permudahkanlah jalan hidupku. Kau berilah rezeki yang halal kepada ku untuk ku berikan kepada anak-anak ku. Sesungguhnya aku tidak mahu mereka merasa kesusahan yang aku tanggung selama ini. Aku mahukan yang terbaik untuk mereka. Aku tau, aku bukanlah seorang mak yang sempurna. Tetapi aku masih akan berusaha yang terbaik untuk anak-anak ku. Aku cuba walaupun aku terpaksa bersusah payah. Demi anak-anak ku..

Ya Allah Ya Tuhan Ku..

Kau panjangkanlah umur Mak ku.. Sekiranya ditakdirkan dia pegi dulu, kau gantikanlah dengan nyawa ku. Terlalu banyak pergorbanan yang telah beliau lakukan demi kami anak2 nya.

Ya Allah Ya Tuhan Ku..

Kau lindungi lah suami ku. Kau permudahkanlah jalan hidupnya. Sesungguhnya hidup ku ini hanyalah untuk suami & anak2 ku. Bergelar isteri kepada beliau merupakan satu-satunya anugerah dr Kau yang tidak dapat ku ganti dengan harta dunia. Aku terlalu menyintai beliau walaupun tidak pernahku ku ucapkan kepada beliau. Semoga perhubungan ini berpanjangan sehingga takdir maut memisahkan kami.

Ya Allah Ya Tuhan Ku..
Dengarlah keluhan dan rintihan ku ini..

Amin.

No comments:

Post a Comment