10/2/09

Hello All

Salam and hello semua org. Hari ini secara poyonya, aku (sebab nih personal blog kan.. boleh ler poyo lebih sket.. muahaha) telah mencreate personal blog utk saje suke2 membuang masa (padahal masa tak banyak pun yang berlebihan nak buang2..).

Maka, dengan ini aku mengumumkan (sila baca ala2 pengumumam raya kat tv tu), aku akan mula membebel2 tentang aktiviti harian dan aktiviti sampingan dan aktiviti agak tidak berfaedah untuk tatapan sapa yang sudi nak baca ini belok.

Pada sape yang tidak mengenali diri beliau ini ( sila abaikan penggunaan bahasa yang sedkit macam sakai laut ya..).. meh la kite berkenal-kenalan.

Nama saya.. Hana Zainal Abidin atau lebih dikenali dgn nama samaran.."Hana yg solehah". hehe.. ada sedikit penipuan berlaku disitu. BARU berumur 27 tahun (1982) dan sudah berumahtangga and blessed with 2 raksasa. My princess name is Nurul Maisarah Binti Azizi & ketua raksasa Umar Naqin Bin Azizi. Yg tua nih umur baru 5 tahun (tapi mcm umur 14 tahun), dan ketua raksasa ni umur dia baru 2 tahun lebih sket2.

Saya berkahwin dgn hasben tercenta ( dia ni 1st lap i tau..kekasih masa form 4 - sedikit gatal bercinta masa sekolah.. huhuhu) iaitu En.Azizi Zainudin dan hanya akan digelar En.Hasben selepas ini. Beliau ni umur tua setaun jer dgn aku. Tapi besday kita sebelah menyebelahi. Agak romantika diamor ( Dia diberanak pada 12 Nov 81 & saya dikuarkan dr perut mak pada 13 Nov 82). Dengki tak? kehkehkeh..

Sekian, mekasih. **tgk jam.. sudah pukul 4.47am**. Esok sambung. Mau tido. Tapi dah cuba tido. Bergolek sana..bergolek sini. Pusing sana..pusing sini. Tapi takleh tido sebab dok pikir manyak lagi mender nak buat. Anta baju client, beli kain client, jumpa tailor, pi studio, update schedule, beli ticket flite, beli handbag baru, beli jam baru.. eh, sudah terkuar senarai plak.

Jom tidoooo!!!

No comments:

Post a Comment