12/24/09
Jika Itu Ketentuan-NYA
10/21/09
Sana Sini Sana Sinun
Ari ni saya byk mender buat. Pagi2 ( pagi la sgt.. pkul 12pm baru nak bangun..kehkehkeh), lepas siap2, beli pampers.. saya pi The Mall utk tukar address dkt premit SSM. Nasib baik tak ramai org, tapi still prosedure kena tunggu sejam baru bleh amik premit baru. Sementara tunggu premit siap, saya pun sebab mandi pagi tadi tak basuh rambut, so saya pi la basuh rambut. Pastue nyonya tuh pujuk suuh buat treatment. Belasah aje la.. lama lagi nak tunggu premit siap.
Pas dah siap cuci & blow rambut ( budget cantek la.. :p ), pi la amik premit. Dah siap. yeahhh.. Pastue terkedek2 beli Mcd sebab tak makan apa2 ( sempat makan jambu jer masa tolak dr rumah.). Makan dlm keta aje.. makan agak gelojoh la sebab tak sampai lagi exit The Mall, burger mc chicken pun dah abis. kehkehkeh..
Pastue sambil drive..sambil melanggar undang2 jalan raya. Anta text msg dkt paksu, tanya direction camne nak pi opis dia. Kena pi jumpa dia sebab dia jadi introducer utk aku bukak current acc maybank. Opis dia upernye dlm UPM aje. Maka, kena la patah balik ke selatan. Adoi..
Dah sign2..borak2 jap.. aku pun meneruskan perjuangan utk membukak acc nih. Patah balik pi cheras. Nak bukak acc dkt branch cheras sebab nnt kan nak pindah dkt2 studio gak. Nasib agak best, pun tak ramai org. ( mmg la tak ramai..dah pkul 4pm). Pot pet pot pet..cop sana,cop sini.. sign sana..sign sini. Siap! Wahh..deal dgn badan swasta, sgt la senang. Tapi kena tunggu dlm seminggu utk approve. Sebab nak kena check sana..check sini. Ok la labu..buat la ape kau nak buat.
Pastu balik dgn ghairah nye sebab nak elak tersangkut dlm jam. Balik2.. senyap sunyi rumah. Pintu pun tak kunci. Mana pegi bapak raksasa & raksasa2? Naik atas..tengok semua tgh terbongkang. Aku pun tanpa membuang masa, join sekaki.
Weeeeeeee.. suku list-to do dah siap. Suku?? walaneiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..
10/19/09
Aku Insan Lemah
Sesungguhnya aku hanya lah insan yang alpa tentang keghairahan dunia. Terlalu banyak suruhan Mu yang ku abaikan. Terlalu banyak larangan Mu yang ku langgar. Terlalu banyak dosa yang ku lakukan. Tidak sanggup rasanya aku memandang ke belakang, mengimbau dosa2 lama.
Tetapi ari ni, aku terduduk..terkesima.. meminta bantuan dari yang Maha segalanya. Tidak terdaya rasanya menanggung beban yang terbuku. Tidak ada sesiapa yang aku mahu luahkan selain Mu.
Ya Allah Ya Tuhan Ku..
Kau permudahkanlah jalan hidupku. Kau berilah rezeki yang halal kepada ku untuk ku berikan kepada anak-anak ku. Sesungguhnya aku tidak mahu mereka merasa kesusahan yang aku tanggung selama ini. Aku mahukan yang terbaik untuk mereka. Aku tau, aku bukanlah seorang mak yang sempurna. Tetapi aku masih akan berusaha yang terbaik untuk anak-anak ku. Aku cuba walaupun aku terpaksa bersusah payah. Demi anak-anak ku..
Ya Allah Ya Tuhan Ku..
Kau panjangkanlah umur Mak ku.. Sekiranya ditakdirkan dia pegi dulu, kau gantikanlah dengan nyawa ku. Terlalu banyak pergorbanan yang telah beliau lakukan demi kami anak2 nya.
Ya Allah Ya Tuhan Ku..
Kau lindungi lah suami ku. Kau permudahkanlah jalan hidupnya. Sesungguhnya hidup ku ini hanyalah untuk suami & anak2 ku. Bergelar isteri kepada beliau merupakan satu-satunya anugerah dr Kau yang tidak dapat ku ganti dengan harta dunia. Aku terlalu menyintai beliau walaupun tidak pernahku ku ucapkan kepada beliau. Semoga perhubungan ini berpanjangan sehingga takdir maut memisahkan kami.
Ya Allah Ya Tuhan Ku..
Dengarlah keluhan dan rintihan ku ini..
Amin.
Applying Dana
Sebelum pegi, ive already took the borang on thursday. Excited isi semua info. Prepare semua document required. Tapi bila sampai sana, dia suuh aku pi apply lesen perniagaan from mpkj. I was like.. whatt?? . Bukan ker aku dah ada permit from SSM?? Nape nak kena apply lesen pulak? Bukannya aku nak bukak tapak berniaga nasi lemak tepi jalan. Aku yg agak frust, pi la terkedek2 MPKJ utk amik borang. Bila dah ambik borang.. aku mcm nak pengsan dkt situ jugak. Terduduk mak!
Apa tak nye.. dkt 20 documents aku kena sediakan. Plan lantai, CF, cukai, even laporan kesihatan & bomba. Gile ahr!
Sekarang.. aku dlm mode frust + buntu + maki hamun + semua yg tak syok .
10/5/09
2nd Floor, Room Orkid 3
10/4/09
Umar Food Poisoning.
Food poisoning..
Muntah2..
Cirit birit..
Demam panas..
Pukul 3 4 pagi temp bdn naik gile2.. 39'c
Hari Yg Sangat Huru Hara
Tunggu hasben balik keje..pastue terus pi nilai sebab nak kena beli lagi 2 vases utk mini pelamin.
Pi la kedai K&K, cari pasu ceramic. En.Hasben dan raksasa tunggu dkt luar aje sebab byk barang kaca. Kang pecah, jenuh chek nak membayar.
Lepas pi Nilai, pi studio pulak. Angkut2 brg utk mini pelamin & makeup tools utk esok. Pastue ada appointment dgn Yanti, dia nak fitting baju dia. Cutting semua ok, TAPI tailor lupe nak jahit cangkuk kain. Boleh ker camtuh? aparaa... nasib baik chek nih boleh la bab jahit2 sket2 nih. Kalau suuh jahit baju pun boleh jugak, cuma nya nnt kamu2 semua kena pasrah dan redha aje la rupe baju tu nnt. Muahhahaha..
Pastue sementara tunggu lagi sorang client dtg, chek cuba la upload gambar2 client yg sudah2. Tunggu pun tunggu.. dia dok tang tu jugak. Tak upload2. Chek mula la nak maki P1 wimax nih. Itu ari bukan main laju lagi depa. La nih terhegeh2. Pastu client ke dua pun mai, dia nak sewa accessories. Sat jer sembang2 ngan dia pasal masing2 kejar masa.
En.Hasben pun mula sibuk masukkan brg dlm keta savvy dia. Sumpat semua masuk kot sana. Jgn pandang rendah keta dia, kerusi pelamin pun bleh masuk woo.. Nasib baik la chek bwk keta kecik chek jugak. Kalau tak, chek anak beranak kena dok ataih bumbung la gamaknya.
Pastue nak kena balik anta raksasa2 dkt maktok depa. Jalan jem gile. Pelik ahr.. ari jumaat kompom jam gile babing punye. Punca sebenar masih dalam siasatan. hehe.. Sampai rumah, ketua raksasa tidoq dah dlm keta. Angkut dia buh ataih sofa..pelan2 keluar dgn En.Hasben utk pi pasang pelamin. En.Hasben sempat tapau la mee goreng utk raksasa punye dinner.
Dah pkul 9 lebih.. chek habaq dkt En.Hasben. Suuh letak dlu mini pelamin ni semua dkt rumah client pasal rumah client dekat tang tu jer. Pasai kalau buh vases semua..takleh nak sumbat dah. Penuh. Kite pun pi la rumah client. Buh brg2 semua. Pastue singgah sat dkt mampley, lapar gileee. Chek order maggie sup.. En.Hasben makan apa yang ada aje, nasi lemak ayam. Chek tunggu punye tunggu.. maggi tak sampai2 lg. Chek pau nasi lemak En.Hasben. Bila air pun dah abis, En.Hasben tanya dkt mamak maggie chek. Dia baru nak buat. Taik kamben sungguh. Chek suuh cancel pasai takut tak dan ( tak dan= tak sempat). Pastue En.Hasben mula la drive keta ala2 F1. Terus pi damansara amik bunga.
Dkt damansara nih..chek upah kwn chek utk gubah bunga. Chek penah cuba buat gubah bunga nih. Gile tak jadi. Ntah apa2 la upernye. Chek sanggup la bayaq dkt kwn chek suuh dia buat. Kalau bab2 makeup nih.. terer ahr. Bab bunga.. jgn harap! Mak cheq punye la bising kat chek pasai chek selalu bagi bunga dia meninggal dunia. Muahahhaha..
ok..pastue terus pi umah pengantin. pasang2 pelamin..gobek sana, gobek sini. Pukul 2 baru siap semua. Pukul 3 baru sampai rumah!!! Gile penattt!!
Esok nak kena bangun pkul 7, pasal nabila ( adik ipar punye kakak) nak suuh makeupkan dia.
Zzzzz...kroooohhhhhhhhhhhh
10/2/09
Hello All
Maka, dengan ini aku mengumumkan (sila baca ala2 pengumumam raya kat tv tu), aku akan mula membebel2 tentang aktiviti harian dan aktiviti sampingan dan aktiviti agak tidak berfaedah untuk tatapan sapa yang sudi nak baca ini belok.
Pada sape yang tidak mengenali diri beliau ini ( sila abaikan penggunaan bahasa yang sedkit macam sakai laut ya..).. meh la kite berkenal-kenalan.
Nama saya.. Hana Zainal Abidin atau lebih dikenali dgn nama samaran.."Hana yg solehah". hehe.. ada sedikit penipuan berlaku disitu. BARU berumur 27 tahun (1982) dan sudah berumahtangga and blessed with 2 raksasa. My princess name is Nurul Maisarah Binti Azizi & ketua raksasa Umar Naqin Bin Azizi. Yg tua nih umur baru 5 tahun (tapi mcm umur 14 tahun), dan ketua raksasa ni umur dia baru 2 tahun lebih sket2.
Saya berkahwin dgn hasben tercenta ( dia ni 1st lap i tau..kekasih masa form 4 - sedikit gatal bercinta masa sekolah.. huhuhu) iaitu En.Azizi Zainudin dan hanya akan digelar En.Hasben selepas ini. Beliau ni umur tua setaun jer dgn aku. Tapi besday kita sebelah menyebelahi. Agak romantika diamor ( Dia diberanak pada 12 Nov 81 & saya dikuarkan dr perut mak pada 13 Nov 82). Dengki tak? kehkehkeh..
Sekian, mekasih. **tgk jam.. sudah pukul 4.47am**. Esok sambung. Mau tido. Tapi dah cuba tido. Bergolek sana..bergolek sini. Pusing sana..pusing sini. Tapi takleh tido sebab dok pikir manyak lagi mender nak buat. Anta baju client, beli kain client, jumpa tailor, pi studio, update schedule, beli ticket flite, beli handbag baru, beli jam baru.. eh, sudah terkuar senarai plak.
Jom tidoooo!!!